T0lak Lamaran Saat Akhir! Raja Ema Ded4h Sebab Tak Jadi Kahwin Buat Kali Ketiga
Pada usia mencecah 54 tahun, penampilan terkini Raja Ema yang sopan berhijab sememangnya kelihatan sangat manis. Terserlah wajah keibuannya semenjak berbadan kurus menampakkan penampilannya semakin muda.
Terdahulu, Raja Ema Raja Ibrahim pernah memberitahu bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan yang bertugas di London.
“Apabila sudah bersara nanti, saya memang akan terus senyap dan fokus terhadap keluarga dan perniagaan.
“Ya, saya sudah betul-betul nekad untuk bersara. Selepas berkahwin, saya akan tinggal bersamanya (suami) di London.
“Bukan senang untuk membuat keputusan tersebut, tetapi demi kebaikan bersama, saya sanggup,” katanya, juga popular dengan lagu “Angan-angan”
“Ya, kadang-kadang saya berasa pelik padahal ramai lagi wanita cantik dan muda di luar sana, tetapi kenapa saya yang dipilih?
“Dua lelaki berkenaan bukan sahaja cuba memikat, bahkan turut melamar saya untuk dijadikan isteri.
“Bagaimanapun, saya menolak secara baik dan masih lagi berkawan dengan mereka,”
Tidak lama selepas itu, Raja Ema memaklumkan telah membatalkan hasratnya untuk berkahwin dengan ahli perniagaan tersebut. Keputusan tersebut dibuat setelah dia berfikir panjang dan mengambil kira kesan terhadap kerjaya dan anak-anaknya.
“Belum ada jodoh lagi untuk berkahwin semula seperti yang dirancang. Setelah fikir masak-masak saya ambil keputusan untuk kami berkawan sahaja dulu.
“Banyak perkara yang terpaksa saya ambil kira seperti saya terpaksa berhenti daripada kerjaya seni yang mana saya baru sahaja mulakan.
“Saya juga tidak boleh ikut perasaan sahaja, saya perlu fikir anak-anak sama ada mereka terima atau tidak jika saya berkahwin semula.
“Pendek kata, banyak faktor membuatkan saya menolak lamaran untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, jika dia tidak dapat terima saya lagi pun tidak mengapa saya reda sahaja,” ujarnya.
Sebelum ini, pelakon ini pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi Sheqal dan dikurniakan dua cahaya mata Putera Ammar dan Putera Al Kashah.
Difahamkan, Raja Erma berkahwin buat kali kedua, namun identiti bekas suaminya itu terus menjadi tanda-tanya.
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Teh Tarik Kaw
Sumber: projekmm.com